Chalet Kuala Gula - jauh dari kesibukan ...lubuk pancing dan bird watching - part 2


salam sejahtera..baru-baru nih..ada lihat di rating blog aku..ramai pengunjung melihat post mengenai chalet kuala gula..ehm..tak sangka..ramai yang berminat nak mengetahui tempat tuh..oleh itu, aku cuba ceritakan semula dan letak gambar-gambar yang lain yang sempat aku rakamkan semasa berada kat sana....sekarang nih..rasanya dah famous tempat tuh...lebih kurang setahun aku dah tak ke sana..mula-mula sampai pun..tempat tuh baru je siap..pintu masuk dan jalan raya baru je tar dan pekerja-pekerja sana sedang sibuk mengemas.





petikan mengenai kuala gula - sumber Kementerian Sumber Asli dan Alam sekitar


"Kuala gula merupakan sebuah perkampungan nelayan terletak di persisiran pantai utara negeri perak, kira-kira 50KM dari barat laut bandar taiping. Ianya merupakan sebahagian daripada hutan simpan paya laut matang yang terdiri daripada hutan bakau dan kawasan pantai berlumpur. Kawasan ini penting sebagai kawasan mencari makan untuk burung-burung berhijrah dan tempat bertelur untuk burung residen. Kuala gula telah terkenal di peringkat tempatan dan antarabangsa terutamanya kepada pemerhati burung kerana ianya amat signifikan dengan kewujudan burung air/berhijrah. Ramai pelawat tempatan dan antarabangsa seperti amerika syarikat, australia, Eropah, Jepun, dan negara lain datang ke kuala gula untuk melihat burung-burung ini. " http://www.nre.gov.my/







seperti yg aku ceritakan di dalam blog nih..perjalanan ke chalet kuala gula nih..mmg agak jauh..ianya jauh ke dalam..so, kalau nak ke sana..elok lah awal-awal..dan isi minyak secukupnya..sebab perjalanan ke dalam aku tgk takder stesyen minyak..

perjalanan dari bandar taiping sehingga ke chalet lebih kurang 1 setengah jam..oh ya..kalau gerak malam tuh..hati-hati semasa perjalanan tuh..sebab lembu-lembu banyak berkeliaran di sana..faham jelah..kawasan tuh laluan ke estet..ladang mesti ada kat sana..



dah sampai ke chalet tuh..kiranya anda dah sampai pekan kuala gula tuh..pekan kuala gula nie tak besar sgt..macam pekan kecil tp kedai-kedai banyak..



penginapan di chalet kuala gula nih tak der la mahal sgt..harga macam homestay jugak..cuma kelengkapan di dalam biasa sahaja. harga lebih kurang RM 100 dan ke atas ..dorm pun ada.. puluh-puluh ringgit jer..ada restauran ...ada karaoke..dan macam-macam lagi..



kalau tgk gambar sebelah nih..rumah dia banyak..tgk ler..lebih kurang 10 buah rumah..cantik-cantik semua..so kalau bawa family pun tak menjadi masalah rasanya..cuma kena booking dulu lerr...

untuk buat bbq pun peralatan disediakan..apatah lagi kalau nak pergi memancing, berjumpa dengan nelayan-nelayan kat situ, bincang harga..dan mereka akan bawa ke lubuk baik punya..terpulang ler pada anda..hebat atau tidak di aksi joran...


kalau yang berminat untuk memancing dan melihat singgah burung ataupun ingin mendapatkan satu hari bebas dari kesibukan ..aku rasa di sini sesuai...tambah-tambah pulak kalau berasal di perak..dekat sahaja..walaupun aku nie bukanlah pemancing hebat..tp bila sampai ke sana..terasa berada di dunia lain...dunia yang sepi..bunyi kicauan burung dan angin kuat di tepi muara...

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, boleh lawat laman ini. http://www.chaletkualagula.com/

: gambar sumber dari aku dan dari blog galeri En. Azra.

Catatan Terbaru Catatan Lama

14 Responses to “Chalet Kuala Gula - jauh dari kesibukan ...lubuk pancing dan bird watching - part 2”

  1. menarik nampak nyer tempat nieeee

    BalasPadam
  2. saya follower ke 26. selamat berblog... myred eye team

    BalasPadam
  3. yana yassin - mmg menarik..tempat nie sunyi je..sesuai utk release tension..hehehe..bawa family pun ok..

    BalasPadam
  4. knp sy try call x dpt???call no handfon die kate dah x jaga chalet tu lg dah tukar orng lain yg jaga...ade no contact yg baru???

    BalasPadam
  5. komeng_pj ..maaf la..post nie saya letak hujung tahun 2010..saya tak tau la pengurusan situ dah bertukar..nanti saya ada masa saya update dgn melawat tempat tuh lagi..

    BalasPadam
  6. As salam....
    sya teringin nk sampai sini bawak anak buah yg mmg gila memancing. terima kasih buat ulasan ttg tempat nih :)

    BalasPadam
  7. Saya dari Penang, bercadang ke sini pada CNY ni tapi saya called , dia cakap dia dah tak dapat tender chalet tu...sesiapa yang ada contact no, sila postkan di sini, appreciate that.
    note: Saya called chalet terapung teluk bayu pun sudah fully booked. Tengah looking for chalet yang boleh fishing sekali, since cuti panjang during CNY ni. Kalau ada suggestion area Utara ini, sila recommendkan. Terima kasih.

    BalasPadam
  8. Chalet Peranginan Kuala Gula (formerly known as Kelicap Bakau)

    ROOM TYPE
    Standard (air-conditioned) RM100.00
    Deluxe (air-conditioned) RM120.00
    VIP (air-conditioned) RM250.00

    PACKAGE DEALS (inclusive of meals)
    ROOMS (minimum 10 rooms booked)
    Twin Sharing RM80.00
    Triple Sharing RM120.00

    DORMITORY (minimum 40 people)
    Single Bed RM45.00

    Contact:
    En. Jalani Din, Manager
    Chalet Kuala Gula
    34350 Kuala Kurau
    Perak Darul Ridzuan
    H/P: 012-5643019
    Tel: 05 - 8905481
    Fax: 05 - 8905460

    BalasPadam
  9. terima kasih en Jalani Din, akhirnya ada juga yg menjawab soalan dari pengunjung mengenai chalet nih..

    BalasPadam
  10. Guru-guru sek sibuk nak buat family day...ramai jgk kaki pancing di sini..cdgnya nk survey dulu chalet kuala gula ni..mcm menarik dan sesuai..

    BalasPadam
  11. Saya setuju apa yg di critakan oleh Azie diatas.Baru 3hari lalu sy kol cdng nk booking bilik pd Julai ni, jawapannya sebijik macam tu, kata nya tender tahun ni tk dpt kat dia so sy tutup buku...bla..bla...bla..

    BalasPadam
  12. saya syukri dari kuala kangsar..saya mencari satu bilik untuk 4 orang. sila cadangkan jenis dan harga bilik tersebut...

    BalasPadam
  13. Kuala gula sanctuaty resort
    Jalan kuala gula
    34350 kuala kurau
    Perak

    05-8901866

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...