Chalet Kuala Gula, Kuala Kurau Perak.
Kawasan baru ini sesuai di tepi muara, chalet yang sedia ada lengkap dengan katil dan sesuai untuk keluarga beriadah atau BBQ. Karaoke pun sediakan oleh tuan chalet.
Setibanya aku berada di pekan kuala kurau berdekatan dengan taiping. Aku ternampak satu papan tanda "Chalet Kuala Gula". Perjalanan dari pekan ke chalet kuala gula agak lama dan kalau yang baru sampai atau tidak biasa, mungkin tidak berani melalui jalan menuju ke situ, ini kerana sepanjang perjalanan ke chalet, kiri dan kanan adalah hutan lalang, kebun getah dan semak.
Sampainya aku di pintu masuk chalet..aku sedang melihat beberapa orang kakitangan sedang berusaha keras untuk menyiapkan keseluruhan kawasan chalet yang akan dibuka nanti. Apapun aku yang bukanlah seorang kaki pancing tetapi bila melihat kawasan chalet ini bersama lubuk yang menanti, terasa mengigil tangan ini untuk memegang joran.
Di tengah-tengah terdapatnya satu restoran, dan yang paling menarik, bot disediakan untuk menguji kita menangkap ikan yang menanti di lubuk sedia ada. Difahamkan, bot-bot itu disediakan oleh nelayan di kampung yang berdekatan dengan sewaan yang agak murah.
Story Chalet Kuala Gula part 2 : http://zamsamudera.blogspot.com/2010/11/chalet-kuala-gula-jauh-dari-kesibukan.html
boleh saya dpat no telefon chalet ini??
BalasPadamboleh saya dpat no telefon chalet ini??
Padamlekechik...dekat komen pada post chalet kuala gula part 2 ada no tuan chalet...nie saya bg link
BalasPadamhttp://zamsamudera.blogspot.com/2010/11/chalet-kuala-gula-jauh-dari-kesibukan.html